Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

180) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Janji Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah sampah belum dapat dikotakan. Apakah usaha dan perancangan bagi mengatasi masalah ini?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan serius dalam menangani masalah sampah ini walaupun tidak sepenuhnya. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor antaranya ialah:-

    • Mewujudkan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh tiga (3) hingga 20 tahun dalam pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Antara tindakan-tindakan yang diambil dalam pelan jangka panjang ini termasuklah:-

     

    1. Menjalankan kajian bagi menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor yang akan menentukan kaedah pengurusan dan pelupusan yang efektif dan mengikut kajian kos untuk tempoh 10 hingga 20 tahun;

     

    • Menjalankan Projek Perintis Kitar Semula di kawasan PBT bagi mendapatkan maklumat dan melihat trend penduduk di beberapa kawasan dalam amalan kitar semula;

     

    • Menggubal Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor;

     

    • Kerajaan Negeri juga dengan kerja sama pihak UPEN sedang meneliti dan mengkaji cadangan/keperluan untuk mewujudkan SPV (Special Purpose Vehicle) bagi mengatasi perkara ini secara holistik tertakluk kepada

     

Lampiran

Tiada Lampiran.