PENGURUSAN SAMPAH
3) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan Syarikat Hebat Abadi di dalam pengurusan sampah?
Hebat Abadi Sdn Bhd (HASB) adalah anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad, milik Kerajaan Negeri Selangor, bertanggungjawab ke atas pengurusan mengutip sisa pepejal dan pembersihan
Pada masa ini, Hebat Abadi Sdn Bhd menguruskan kerja mengutip sisa pepejal dan pembersihan awam di Kuala Lumpur dan syarikat persendirian serta beberapa kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor.
Bermula dari bulan Jun 2015, HASB juga telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja “back-up” kutipan sisa pepejal bagi menggantikan kontraktor lama yang gagal di lima kawasan PBT di Negeri Selangor.
Selain dari itu, HASB juga mengeluarkan tong sampah MGB120L sendiri.
