Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

217) PENGURUSAN SAMPAH DAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha di peringkat kerajaan bagi memastikan masyarakat di Selangor mengamalkan budaya Kitaran semula sampah & minyak masak

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa mengadakan kempen kepada masyarakat bagi memastikan pengamalan kitar semula sampah dan minyak masak berjaya dilaksanakan. Sebagai contoh di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan beberapa pusat pengumpulan barang kitar semula seperti di Seksyen 2, Seksyen 6, Seksyen 11, Seksyen 17, Seksyen 25 dan Seksyen

     

    Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menjalankan Projek Perintis Program Pengasingan Sisa di Punca dengan mengedarkan 2 jenis tong iaitu tong sisa organik dan tong bahan kitar semula. Majlis Perbandaran Sepang pula telah menjalankan aktiviti pengasingan sampah dari rumah bermula November 2013 di kawasan Kota Warisan dengan pengagihan tong sampah percuma sebanyak 773 unit. Pihak MDKS pula mengadakan program Kitar Semula setiap hari Sabtu di Pusat Kitar Semula Pekan Lama Kuala Selangor dan pemberian tong kitar semula di 15 buah sekolah.

     

    Program kitar semula ini juga dijalankan di setiap PBT melalui program- program yang dijalankan.

     

    Bagi kempen pengumpulan miyak masak terpakai, PBT di Negeri Selangor telah melaksanakan kempen dengan kaedah atau kempen yang pelbagai seperti yang ditunjukkan di jadual di bawah :

     

     

    PIHAK BERKUASA

    TEMPATAN

    KEMPEN / KAEDAH
     

     

    MBSA

     

    Melantik        operator        bagi        mengurus                       dan menyelenggara pusat kitar semula milik MBSA.

     

    Mengadakan Seminar Pengurusan Minyak Masak

     

      Terpakai dan Seminar Pengurusan Bahan Kitar Semula untuk penduduk.

     

    Program kutipan minyak masak terpakai secara usahasama dengan pihak Politeknik Shah Alam dan MPP Zon 16.

     

    Karnival Kesihatan anjuran MPP Zon 8.

     

    Pameran dan Kempen Pengurangan Penghasilan Sisa yang dianjurkan oleh Syarikat Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd.

     

    Penempatan tong bagi pengumpulan minyak masak terpakai di setiap pusat kitar semula MBSA.

     

    Edaran tong pengumpulan minyak masak terpakai kepada pengusaha premis-premis makanan didalam kawasan

     

     

     

    MBPJ

     

    Projek perintis pengkomposan sisa makanan Program kitar semula minyak masak di restoran, sekolah dan persatuan penduduk.

     

    Projek perintis 3R di kawasan Kayu Ara, Seksyen 16,11 dan PJS 1

     

    MPSJ

     

    Melibatkan   kerjasama    228    buah   premis                       untuk kutipan minyak masak terpakai

     

     

     

    MPKJ

     

    Kerjasama dengan badan sukarela iaitu Pertubuhan Seri Sinar dan Pertubuhan Kebajikan Kitar Semula.

     

    Selain itu, kajian turut dijalankan oleh Syarikat PE Research Sdn. Bhd. turut menumpukan kepada pengelibatan komuniti, pemilik dan penyewa premis komersil

     

     

     

     

    MPS

     

    PROJEK PERINTIS : PROGRAM PENGASINGAN

    SISA DIPUNCA ( edaran tong minyak masak di kantin / cafeteria sekolah, badan kerajaan dan swasta serta gerai majlis di sekitar Bandar Baru Selayang) dengan usaha sama Uni10 Energy Sdn Bhd.

     

       

    Kutipan minyak masak dari kawasan komuniti di Pusat Kitar Semula MPS di Sri Gombak dengan usaha sama Uni10 Energy Sdn Bhd.

     

     

    MPK

     

     

    Kempen   Pengumpulan  Minyak   Masak    Terpakai untuk dijadikan bahan Biodiesel

     

     

     

    MPAJ

     

    MPAJ dalam proses meluaskan kempen ke kawasan kediaman penduduk dengan menubuhkan pusat pengumpulan minyak masak terpakai

     

    Setiap JMB dan badan pengurusan rumah bertingkat diminta untuk menyediakan banyak tong kitar semula minyak masak

     

     

     

    MPSP

     

    Program KISMAT di sekolah, premis makanan, Joint Management Body (JMB) dan kawasan perumahan.

     

    Menjalankan aktiviti pengasingan sampah dari rumah bermula November 2013 di kawasan Kota Warisan dengan pengagihan tong sampah percuma sebanyak 773 unit.

     

     

     

    MDKS

     

    Pengumpulan minyak daripada Jabatan dalaman MDKS, pengumpulan dari restoran serta peniaga Bazar Ramadhan dan menyediakan pusat kitar semula di Medan selera bagi memeudahkan peniaga membuang minyak terpakai di Pusat yang disediakan.

     

     

    MDSB

     

    Mengadakan program kitar semula pada setiap hari sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Stadium Sungai Besar dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam

     

     

    MDKL

     

     

    Mengadakan program kutipan minyak masak terpakai dengan pengelibatan peniaga Bazar Ramadhan dan kedai makan.

     

     

     

     

     

     

    MDHS

     

    Mewujudkan beberapa pusat pengumpulan barang kitar semula di pekan Kuala Kubu Baharu, Taman Desa Melor Serendah, perumahan Taman Adenium Bukit Beruntung dan Jalan Meranti Batang Kali.

     

    Menjalinkan kerjasama dengan NGO bagi program kitar semula seperti memberi kelulusan penempatan

    35 unit tong kitar semula barangan fabrik dan pakaian bersama Syarikat Life Line Clothing Sdn. Bhd. dan penempatan 18 unit tong kitar semula dengan kerjasama pertubuhan amal kitar semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.