Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

31) PENGURUSAN SAMPAH DI KAMPUNG-KAMPUNG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan masih meneruskan cadangan untuk menguruskan masalah sampah pepejal di setiap kampung yang teruk menghadapi masalah tersebut sekarang?

    a) dan b)

    Kerajaan Negeri tidak mengabaikan pengurusan sampah di kawasan kampung sama ada dalam kawasan operasi PBT atau di luar kawasan operasi. Walau bagaimanapun, kaedah pengurusan sampah di kampung- kampung adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan PBT sebagai contoh MBSA, MBPJ dan MPSJ telah melantik kontraktor bagi pengurusan sampah  di kampung-kampung dalam kawasan pentadbiran masing-masing. Manakala bagi lain-lain PBT kaedah menggunakan tong sampah berpusat (diletakkan di tepi jalan utama) digunakan bagi memudahkan kutipan oleh kontraktor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.