Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

150) PENGURUSAN SAMPAH DI KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang telah/akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah pengurusan sampah di kawasan-kawasan kampung.

    Kerajaan Negeri maklum berkaitan masalah pengurusan sampah di kawasan-kawasan kampung. Umum sedia maklum bahawa kawasan kampung merupakan kawasan tanah hakmilik yang menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk menjaga kebersihan kawasan termasuk dari segi pengurusan sampah. Dalam hal ini, pengurusan sampah adalah melalui pelupusan secara persendirian. Walaubagaimanapun, ada usaha-usaha dari pihak Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mengambil inisiatif dengan meletakkan beberapa tong sampah besar di kawasan strategik di dalam kampung bagi tujuan pembuangan sampah secara berpusat dan ianya akan dikutip oleh syarikat perkhidmatan yang dilantik dan dibayar oleh pihak JKKK sendiri.

    Selain itu, ada diantara kawasan kampung yang terletak di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan sampah akan diuruskan oleh pihak PBT tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.