Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

142) PENGURUSAN SAMPAH DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai langkah-langkah segera untuk menyelesaikan masalah sampah-sampah pukal daripada pengusaha-pengusaha restoran dan chalet di kawasan kampung yang merupakan penyumbang utama longgokan sampah (seperti contoh di Pekan Batu 18)?

    Bagi menyelesaikan masalah sampah-sampah yang dijana daripada restoran- restoran dan chalet yang menyumbang terjadinya sampah longgok atau pukal seperti yang berlaku di Pekan Batu 18, pihak MPKJ telah mewajibkan peniaga-peniaga restoran atau pengusaha chalet membayar caj kutipan sampah seperti berikut:-

    • Waktu operasi kurang daripada 12 jam RM 70.00 sebulan
    • Waktu operasi lebih daripada 12 jam RM 100.00 sebulan

Lampiran

Tiada Lampiran.