Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

139) PENGURUSAN SAMPAH DOMESTIK DI KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berkenaan dengan pengurusan sampah domestik di kawasan kampung. Berapakah jumlah peruntukan bagi pengurusan tahunan?

    (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Bermula belanjawan tahun 2017 Kerajaan Negeri telah bersetuju agar penyaluran peruntukan dilaksanakan kepada PBT yang berpendapatan rendah bagi membantu kerja-kerja kutipan sampah di kampung dan kawasan pembangunan strata.

     

    Bagi tahun 2019, sebanyak RM6.36 juta telah diperuntukkan untuk tujuan penyaluran kepada PBT bagi kutipan sampah di kampung tradisi dan kutipan sampah pukal termasuk bayaran Pengurusan Sisa Pepejal di Pulau Ketam & Sg. Lima serta Operasi Tapak Pelupusan Sisa Lengai Pulau Ketam. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak melibatkan pengurusan tapak pelupusan sampah haram.

Lampiran

Tiada Lampiran.