Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

66) Pengurusan Sampah Kawasan Kampung

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah peruntukan RM6.85 juta yang telah diperuntukan Kerajaan Negeri kepada PBT bagi pengurusan sisa pepejal kawasan kampung dibelanjakan?

    Secara dasarnya Kerajaan Negeri tidak memperuntukkan kewangan kepada PBT bagi menguruskan sampah di kawasan kampung. Namun bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan rakyat di kawasan luar bandar seperti Kampung Tradisi dan Kampung Baru/ Bagan/Tersusun, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan kewangan kepada PBT berstatus Majlis Daerah khususnya yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.

    Pihak PBT tersebut perlu mengemukakan permohonan serta maklumat yang diperlukan kepada pihak Kerajaan Negeri. Setelah pihak Kerajaan Negeri memberi kelulusan, pihak PBT akan mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) yang diperolehi dan Kerajaan Negeri akan menyediakan bantuan kewangan tersebut kepada PBT berdasarkan nilai kontrak yang diperolehi. Penyaluran bantuan kewangan tersebut akan dilaksanakan secara direct grant.

    Berikut adalah maklumat penyaluran bantuan kewangan kepada PBT berkaitan bagi tahun 2019 dan 2020:-

Lampiran

Tiada Lampiran.