PENGURUSAN SAMPAH-SARAP

75) PENGURUSAN SAMPAH-SARAP

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan merancang menggunakan teknologi yang baru untuk menguruskan sampah selain daripada cara landfill?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Syarikat anak PKNS/Worldwide Holdings Berhad selaku pemegang konsesi tapak pelupusan sanitari di Negeri Selangor sentiasa mencari kaedah terkini bagi pelupusan sisa pepejal. Beberapa kaedah yang telah dikenal pasti adalah seperti “Material Recovery Facility”, “Incinerator (Waste to Energy)” dan “Mechanichal Biological Treatment (MBT)”.

    Pihak Worldwide Holdings Berhad telah menjalankan kajian terperinci dengan penyediaan rekabentuk dan butiran kewangan lengkap. Walau bagaimanapun, teknologi tersebut masih tidak dapat dilaksanakan memandangkan kos bagi merawat sisa pepejal per tan menggunakan teknologi-teknologi di atas adalah tinggi pada masa ini. Kos bagi melupuskan satu (1) tan sisa pepejal bagi sistem MBT adalah sebanyak RM75.00 manakala bagi incinerator adalah sebanyak RM150.00. Kos ini dianggap tinggi memandangkan kos semasa bagi pelupusan di landfill adalah sebanyak RM36.00 se tan.

    Namun begitu, pihak UPEN dan WHB sentiasa melihat sistem-sistem baru dan sistem sokongan yang murah berbanding landfill dari masa ke semasa bagi melupuskan sisa secara sistematik kerana pihak Kerajaan Negeri menyedari mengenai kekurangan tanah untuk membina landfill baru dimasa akan datang.

     

    a) Tapak Pelupusan Jeram menerima 2000 tan sisa pepejal sehari. Dengan penerimaan tersebut jangka hayat tapak adalah sehingga 2017. Kapasiti tapak adalah sebanyak 8juta tan.

    Tapak Pelupusan Tanjung Dua Belas, Kuala Langat menerima 350 tan sehari. Dengan penerimaan 1,000 tan sehari jangka hayat tapak adalah sehingga 2045.

Lampiran

Tiada Lampiran.