Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

171) PENGURUSAN SAMPAH YANG BERKESAN DI WAKTU HARI PERAYAAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri mempunyai persiapan khas di musim perayaan bagi mengelakkan timbunan sampah bagi anak Selangor yang balik beraya?

    Beberapa persiapan telah dilakukan pada musim perayaan untuk mengelakkan masalah sampah semasa Hari Raya Aidilfitri seperti berikut:-

    • Menyediakan sebanyak 30 unit tong ‘armroll’ bagi tujuan pembersihan sampah
    • Mengeluarkan notis Pematuhan Syarat Penggunaan Tong dan Karung Sampah di Bazaar Ramadhan Jalan
    • Penyediaan tong sampah 240 liter sebanyak 40 unit sepanjang Bazaar Ramadhan di Jalan Taiping,
    • Mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap peniaga – peniaga yang tidak mematuhi syarat – syarat
    • Membuat penambahan Arahan Tambahan Kuantiti (v.o) bagi kerja- kerja keperluan kontraktor pembersihan bagi Bazaar Ramadhan dan sampah pukal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.