Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

215) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses pelantikan kontraktor?

    Proses pemilihan kontraktor sisa pepejal oleh PBT dilaksanakan secara tender terbuka. Antara kriteria pemilihan kontraktor yang diteliti oleh PBT adalah seperti berikut:-

    • Berdasarkan harga terendah;
    • Mempunyai dokumen yang lengkap;
    • Keupayaan logistik;
    • Kecairan modal; dan
    • Syarikat/kontraktor yang layak akan dinilai dan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Tender PBT untuk dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.