Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

65) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah perbelanjaan bagi menguruskan sisa pepejal domestik dan perindustrian pada tahun 2014 dan 2015 mengikut PBT?

    Perbelanjaan bagi menguruskan sisa pepejal domestik pada tahun 2014 adalah sebanyak RM179,236,937.24 dan RM161,575,571.96 pada tahun 2015. Manakala perbelanjaan dan pengurusan bagi sisa perindustrian adalah diuruskan oleh kilang sendiri. Pecahan perbelanjaan menguruskan sisa domestik mengikut PBT adalah seperti di bawah:-

    BIL. PBT TAHUN 2014 TAHUN 2015
    1. MBSA 31,554,090.56 33,489,991.48
    2. MBPJ 9,508398.98 7,340822.18
    3. MPSJ 20,400,000.00 16,000,000.00
    4. MPS 19,061,475.41 20,400,000.00
    5. MPKj 25,730,017.01 28,312,124.23
    6. MPK 20,768,460.00 17,066,293.82
    7. MPAJ 21,281,793.04 13,540,964.54
    8. MPSp 12,076,797.60 12,908,600.00
    9. MDKS 4,350,000.00 2,700,000.00
    10. MDKL 3,869,046.60 2,326,768.07
    11. MDSB 2,019,127.00 1,593,365.64
    12 MDHS 8,617,731.04 5,896,642.00
    JUMLAH 179,236,937.24 161,575,571.96

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.