Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

165) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada berteknologi tinggi baru yang digunakan untuk pelupusan sisa pepejal di setiap PBT?

    Pelbagai teknologi tinggi baru boleh didapati di pasaran luar antarannya teknologi “Material Recovery Facility” (MRF), Loji Pengkomposan atau “Waste to Energy Plant” (WTE). Kebanyakan teknologi ini merupakan satu sistem sokongan bagi mengitar semula sisa buangan, penghasilan baja serta penghasilan sumber tenaga elektrik. Sistem sokongan ini dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah malah dapat mengurangkan kebergantungan penggunaah tapak pelupusan sisa pepejal. Teknologi ini boleh dibangunkan di mana-mana kawasan mengikut kesesuaian sumber sisa pepejal yang akan dilupuskan. Namun begitu ia tertakluk kepada kelulusan Jabatan Alam Sekitar, iaitu hasil daripada kajian “Detail Environment Impact Accessment” (DEIA) yang dijalankan; keluasan tanah yang diperlukan dan anggaran kos pembinaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.