Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

180) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah PBT-PBT di Selangor sudah bersedia sepenuhnya untuk mengembangkan pasukan pembersihan sisa-sisa pepejal dalaman (in-house solid waste team) untuk menguruskan masalah sisa-sisa pepejal daripada terus bergantung kepada kontraktor-kontraktor luar?

    Setelah Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan, pembersihan awam dan kutipan sampah daripada Alam Flora Sdn. Bhd. semua PBT bersedia dan telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan pasukan in- house yang berfungsi sebagi pasukan back-up sekiranya berlaku kecemasan contohnya lori kompaktor rosak atau pembuangan sampah haram. Dengan adanya pasukan ini secara tidak langsung ia telah meningkatkan kemahiran PBT dalam pengurusan sisa pepejal. Buat masa ini pasukan ini akan berkembang secara berperingkat-peringkat dan akan mengurangkan kebergantungan daripada kontraktor-kontraktor

    Antara contoh perkembangan daripada PBT ialah:-

     

    i)                    Majlis Perbandaran Klang (MPK)

    Menyediakan :

    Lori Kompaktor –           5 buah

    Lori Terbuka (8 tan) –           7 buah

    Lori 1 tan –           9 buah

    Menyediakan pemandu dan pekerja seramai 150 orang untuk kawasan ‘in-house’ dan ‘back-up’

    Penyelenggaraan kawasan secara ‘in-house team’

     

    ii)                  Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
    • MPSJ telah mewujudkan pasukan tindakan khas bagi menangani masalah sampah. Pada masa ini, kerja yang dibuat secara ‘in-house’ adalah kutipan sampah longgok dan 3 lokasi kutipan sampah.
    • Pihak MPSJ akan mengambil alih kawasan secara berperingkat selepas tamat tempoh kontrak kontraktor sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.