Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

78) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah aduan yang diterima berkenaan kes pengurusan sisa pepejal yang tidak dikutip mengikut jadual di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada Januari 2012 sehingga Jun 2012?

    Jumlah aduan yang diterima daripada talian bebas tol yang dikendalikan oleh Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan kes pengurusan sisa pepejal yang tidak dikutip mengikut jadual dari bulan Januari 2012 sehingga Jun 2012 adalah sebanyak 1205 aduan. Jumlah pecahan aduan mengikut semua PBT dapat dilihat seperti di LAMPIRAN 1.

    LAMPIRAN 1

                 
    PBT   JANUARI   FEBRUARI   MAC   APRIL   MEI   JUN
                 
    MBSA 72 41 41 18 9 12
    MBPJ 34 29 78 10 11 14
    MPSJ 6 6 18 5 9 4
    MPKj 103 30 77 42 14 28
    MPS 14 25 116 28 20 13
    MPK 22 15 42 16 12 19
    MPAJ 6 10 54 9 8 7
    MPSp 5 1 12 3 4 1
    MDKS 1 3 0 0 0 0
    MDSB 1 3 2 0 0 0
    MDHS 3 1 0 0 1 0
    MDKL 2 5 5 1 0 2
    JUMLAH 271 169 445 132 88 100

    *** sumber  : Bahagian Korporat, SUK

     

Lampiran

Tiada Lampiran.