Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

236) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Menurut pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 oleh Perdana Menteri pada Sidang Parlimen baru-baru ini, pengurusan sisa pepejal akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan pengurusan sisa pepejal akan diswastakan kepada syarikat swasta. Rundingan dijangka siap pada hujung tahun 2010 dan berkuat kuasa pada bulan April 2011. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri serta bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam rundingan pengurusan sisa pepejal tersebut?

    Kerajaan Negeri menyatakan komitmen penuh dalam membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan berhubung pengurusan sisa pepejal. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara akan bertanggungjawab penuh dalam menguruskan segala berhubung sisa pepejal. Kerajaan Negeri akan membantu dalam penyelarasan dan penguatkuasaan di peringkat PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.