Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

187) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Menurut pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 oleh Perdana Menteri pada Sidang Parlimen baru-baru ini, pengurusan sisa pepejal akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan pengurusan sisa pepejal akan diswastakan kepada syarikat swasta. Rundingan dijangka siap pada hujung tahun 2010. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri serta bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam rundingan pengurusan sisa pepejal tersebut?

    Dengan penguatkuasaan Akta 672 ini, segala perihal berkaitan pengurusan sisa pepejal
    dan pembersihan awam akan dipusatkan kepada Kerajaan Persekutuan. Manakala
    bidang kuasa Kerajaan Negeri lebih menjurus kepada penentuan tapak tanah untuk
    penyediaan kemudahan pelupusan sisa pepejal. Kerajaan Negeri tidak dilibatkan dalam
    rundingan berkenaan, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mengemukakan
    senarai permintaan wish list kepada pihak Kerajaan Persekutuan agar dapat
    dipertimbangkan jika sekiranya Akta 672 ini dikuatkuasakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.