PENGURUSAN SISA PEPEJAL
4) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan atau 'road-map' untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada Alam Flora Sdn. Bhd.?
Sehingga kini masih belum ada keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil alih operasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (PSPPA) dari Alam Flora Sdn Bhd (AFSB).
Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat PKNS untuk mengkaji viability pengambilalihan operasi PSPPA di bandar Klang dan juga syarikat Core Competencies Sdn Bhd (CCSB) untuk operasi di bandar Kajang.
Jika sekiranya, konsep dan mekanisme kerja yang diaplikasikan di kedua bandar ini berjaya, Kerajaan Negeri akan menimbangkan duplikasi konsep ini kepada bandarbandar lain di Selangor.
