Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

49) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian setiap PBT dalam memberi perkhidmatan secara in-house 15%?

    Pencapaian PBT dalam memberi perkhidmatan secara in-house adalah seperti berikut:-

     

    i.         Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

    Pada masa kini, MBSA hanya dapat menjalankan 5 % sahaja perkhidmatan kutipan sisa pepejal (sisa domestik) secara in-house. Pada tahun 2016, pihak MBSA mensasarkan perkhidmatan kutipan secara in- house ini akan meningkat kepada 10% yang melibatkan 20,000 premis di kawasan perumahan pusat bandar Shah Alam. Setakat ini, MBSA mempunyai 12 lori kompaktor sendiri bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sampah domestik di kawasan Majlis.

     

    ii.         Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

    MBPJ menyediakan kemudahan logistik dan peralatan bagi program gotong-royong yang dijalankan oleh

    Kemudahan pengangkutan aktiviti spring cleaning. Kerja-kerja pembersihan segera di kawasan yang tiada dalam inventori kontraktor.

    Operasi pembersihan sampah haram yang dijalankan oleh

    Kemudahan logistik bagi operasi perobohan bangunan /binaan haram.

     

    iii.         Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

    Pada ketika ini, kerja kutipan sampah secara in-house hanya dilakukan semasa proses transisi pengambilan alih kawasan baru daripada pihak pemaju. Kerja-kerja kutipan dijalankan oleh kontraktor 100%.

     

    iv.         Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

    Kerja kutipan sampah dijalankan oleh kontraktor 100%. Namun, Di MPS hanya melibatkan penyediaan 2 buah tong roro bagi kerja-kerja in-house program gotong-royong.

     

    v.         Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

    Tiada. Kerja-kerja dijalankan 100% oleh kontraktor.

     

    vi.         Majlis Perbandaran Klang (MPK)

    Untuk kerja-kerja Pembersihan Awam secara in-house adalah di sekitar pusat Bandar Klang Utara dan Klang Selatan serta lain-lain lokasi (berdasarkan arahan dan keperluan), manakala lokasi untuk kerja-kerja perkhidmatan kutipan sampah secara in-house oleh Majlis Perbandaran Klang adalah seperti berikut:

     

    BIL. LOKASI CATATAN
    1. Kuarters Pekerja Ladang Bukit Kerayong 80 unit Rumah
    2. Kuarters Pekerja Jalan Akob (Termasuk Sekolah &

    Kuil Divisyen)

    50 unit Rumah
      Kuarters Pekerja Jalan Kerayong 14 unit Rumah
    4. Jalan Meranti Bunga 14/KU10: Taman Mewah 16 unit Rumah
    5. Jalan Meranti Bunga, Taman Mewah 7

    (Tambahan)

    9 unit Kedai/ IKS/

    Kilang

    6. Jalan Rodat 1 – Rodat 6: Bandar Bukit Raja  
    7. Jabatan Perhutanan (TAMADAN) 2 unit 240L
    8. Taman Bkt Istana 52 unit Rumah
    9. Jalan Kebun Nenas 2 & 3N Bandar Putera 2,

    Johan Setia

    65 unit Kedai/ IKS/

    Kilang

    10. Jalan Teratai  
    11. Jalan utama Kg. Jawa (Bulatan JJ sehingga batu 4 Sek. Tamil)  
    12. Jalan Utama Kg. Jawa (Petronas – Jalan Raja

    Nong)

    *Kutipan dibuat pada

    hari Ahad sahaja*

    13. Jalan Utama Kg. Delek Kanan/ Delek Kiri/ Delek

    Baru dan Jalan Yadi

    30 unit Rumah
    14. Jalan Kapar (Jalan Utama)  
    15. Pusat Bandar Klang Utara  

     

    16. Pusat Bandar Klang Selatan  
    17. Jalan Pengkalan Batu  
    18. Taman Desa Bukit Nilam 75 unit Rumah

    7 unit Kedai/ IKS/ Kilang

    19. Jalan Persiaran Raja Muda Musa KS4 1 unit Kedai/ IKS/

    Kilang

    20. Jalan Pekan Baru KU 1, Laman Villa Klang 29 unit Rumah
    21. Sepanjang Jalan Meru (Jalan Utama) *kutipan dibuat pada

    setiap hari Ahad sahaja*

    22. Jalan 13A/KU11 Taman Desa Kencana (Lorong

    Lapis 7)

    30 unit rumah

     

    Sokongan logistik bagi pasukan in-house:

     

     

    BIL. JENIS KENDERAAN BILANGAN
    1. Lori High Pressure 1 unit
    2. Jengkaut 4 unit
    3. Motor Penguatkuasa 4 unit
    4. Lori RORO 4 unit
    5. Van 1 unit
    6. Lori Suction Cleaner 1 unit
    7. Lori Pemadat Sampah 3 unit
    8. Lori Woodchiper 2 unit
    9. Lori Terbuka (Open Truck) 7 unit
    10. Lori 1 Tan 1 unit
    11. Lori Servis 1 Tan 8 unit
    12. Pajero 4 unit
    13. Fortuner 1 unit
    14. Lori Tailgate 8 Tan 1 unit
    15. Lori Tailgate 3 Tan 1 unit
    16. Trisikal (Honda) 10 unit
    17. Case Machine 2 unit
    18. Lori Tangki 1 unit
    19. Traktor Racun 1 unit
    20. Lori 1 Tan 1 unit
    21. Lori Tailgate 1 unit
    22. Lori Scope End 1 unit
    23. Lori Terbuka 1 unit

     

    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

    Buat masa ini, MPAJ hanya memberi perkhidmatan secara in-house

    sebanyak 2.78% selebihnya dijalankan oleh kontraktor.

     

    viii.         Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)

    Buat masa ini, MPSp hanya memberi perkhidmatan secara in-house sebanyak 4% bagi kerja-kerja pembersihan awam selebihnya dijalankan oleh kontraktor.

     

    ix.         Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

    Buat masa ini MDKS menjalankan perkhidmatan pembersihan awam secara in-house bagi kerja-kerja pemotongan rumput dan sapuan jalan di pusat bandar Kuala Selangor sahaja.

     

    x.         Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

    MDKL memberikan perkhidmatan secara in-house sebanyak 15% bagi pengurusan sampah pasar malam dan pasar pagi.

     

    xi.         Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

    Pelaksanaan kerja pembersihan longkang, sapuan jalan dan potong rumput secara in-house di MD MDSB meliputi 75% dari keseluruhan kawasan MDSB. Sebanyak 25% kawasan telah diswastakan disebabkan oleh pertambahan kawasan perumahan dan tiada pertambahan pekerja.

     

    xii.         Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

    Sebanyak 4 daripada 23 kawasan yang diurus sendiri oleh MDHS dengan keberkesanan sebanyak 17.39% pencapaian dengan menggunakan jentera, logistik dan sumber manusia (pekerja) majlis sendiri.

    Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

     

    1. Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 16/2015 pada 13 Mei 2015 bersetuju supaya PBT menggunapakai Garis Panduan Pelantikan Kontraktor sampah yang diseragamkan di PBT sebagai asas Perjanjian Tahap Perkhidmatan di mana penggunaan lori kompaktor termasuk spesifikasi kenderaan adalah meliputi di dalam Garis Panduan

     

    1. Dalam usaha pengurangan sisa pepejal Kerajaan Negeri telah melaksanakan perkara seperti berikut:-

     

    i.         Projek Perintis Kitar Semula

    Dilaksanakan bermula bulan Julai sehingga bulan Disember 2015 yang melibatkan beberapa kawasan yang dipilih oleh empat (4) buah PBT iaitu MBPJ, MPKj, MPAJ dan MDHS meliputi kawasan perumahan kos rendah,

     

    kampung (MBPJ / MDHS); kawasan perumahan teres/ semi-D/ Banglo (MPKj); apartment/ kondominium (MBPJ/MPAJ) dan kawasan komersial (MBPJ/MPKj/MDHS).

     

    Projek ini bertujuan untuk melihat proses pelaksanaan kutipan bahan kitar semula secara real time dan mendapatkan punca masalah yang timbul dalam melakukan pengasingan sampah di peringkat punca sama ada di rumah atau premis perniagaan hingga ke tempat pengumpulan bahan kitar.

    Selain itu, peranan PBT, masyarakat, pemilik premis dan kontraktor kutipan bahan kitar semula juga akan dinilai bertujuan untuk merangka strategi ke peringkat seterusnya bermula daripada peringkat pendidikan sehinggalah ke peringkat sistem pelaksanaan oleh komuniti di bawah PBT.

     

    Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2015 – 2018 (Jawatankuasa Teknologi Hijau) telah di luluskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 28/2015 pada 2 September 2015. Melalui Pelan Tindakan ini, Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai Negeri Berteknologi Hijau dan terdapat 8 tindakan utama di dalam Pelan Tindakan ini yang telah dikenal pasti iaitu:-

     

    1. Perbandaran Hijau Melalui Bandar Rendah Karbon Selangor;
    2. Perolehan Hijau Kerajaan;
    3. Pemasangan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle) Di Selangor;
    4. Penggunaan Kereta Elektrik Sebagai Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor;
    5. Penggunaan Bas Elektrik Bagi Program ‘Bas Percuma’ Di PBT;
    6. Pemasangan Bumbung Solar Bagi Projek Perumahan Selangorku;
    7. Bangunan Cekap Tenaga Di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor; dan
    8. Program Penghijauan Taman Industri

     

    iii.         Kaji Selidik Hari Tanpa Beg Plastik di Selangor

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor dengan kerjasama Merdeka Centre telah menjalankan satu kajian berkaitan Kaji Selidik Hari Tanpa Beg Plastik di Selangor. Daripada hasil kajian tersebut, satu analisa dapat dibuat di mana tahap kesedaran mengenai kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” adalah amat tinggi iaitu 94% dan majoriti responden mendapat maklumat mengenai kempen ini di pasaraya.

     

    Hasil kajian juga mendapati majoriti responden berusaha melaksanakan kempen ini dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan mereka walaupun pencapaian objektif kempen dilihat agak rendah. Tahap puas hati responden adalah positif iaitu dapat mendidik masyarakat menjaga alam sekitar manakala responden yang kurang berpuas hati adalah tertumpu kepada caj 20 sen yang dikenakan. 77% daripada responden menyokong pelaksanaan untuk menambah hari kempen namun 3/4 responden tersebut merasakan penambahan hari kempen akan membebankan golongan pengguna. Rata-rata responden yang menyokong penambahan hari tanpa beg plastik berpendapat agar penambahan bilangan hari kempen ini ditambah kepada 2-3 hari.

     

    Program Menggalakkan Pengurangan Penggunaan Polisterina Program ini sentiasa dilaksanakan di peringkat semua Pihak Berkuasa Tempatan melalui Program Bazar Ramadhan dan Pasar Malam Mampan. Merujuk kepada Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT Bil. 2/2011 telah mencadangkan pelaksanaan Kempen    Pengurangan   Penggunaan   Beg    Plastik    dan Polisterin secara berperingkat seperti berikut :-

     

    1. Peringkat Pertama : Pengurangan penggunaan polisterin dan beg plastik pada setiap hari

     

    • Peringkat Kedua : Pengurangan penggunaan polisterin dan beg plastik pada setiap hari Isnin dan

     

    • Penyediaan makanan dalam bentuk ‘buffet’ atau menggunakan pembungkus mesra alam / bahan guna semula: Selain itu, salah satu PBT yang giat menjalankan Program tersebut adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di mana satu dasar larangan menggunakan styrofoam yang telah diluluskan di peringkat Majlis dan syarat larangan tersebut telah dimasukkan di dalam lesen penjaja bermula 1 Januari 2014. Antara inisiatif lain yang akan diambil oleh pihak MBPJ termasuklah memasukkan syarat larangan penggunaan Styrofoam ke dalam syarat lesen Establisymen Makanan yang melibatkan pemilik restoran bagi mencapai objektif sifar polisterin. Bagi perancangan jangka panjang, beberapa zon akan dikenal pasti bagi Zon Sifar Polisterin (Zero Polystyrene) bermula kawasan pentadbiran MBPJ iaitu Ibu Pejabat MBPJ dan Menara

     

    v.         Meletakkan Syarat Permohonan Lesen Perniagaan

    Pihak MPKJ membuat penjadualan semula pemeriksaan dengan meletakkan syarat kepada pemohon lesen perniagaan premis makanan dan penjaja makanan iaitu tidak membenarkan penggunaan polisterina untuk penyediaan, penyajian dan / atau pembungkusan makanan.

     

    Manakala pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mensyaratkan tiada penggunaan polisterin di dalam kelulusan permohonan lesen dan memperbaharui lesen bagi semua jenis premis makanan. Tindakan penguatkuasaan bagi pemegang lesen/permit yang gagal mematuhi syarat-syarat tersebut boleh dikenakan tindakan pembatalan lesen/permit. Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor sentiasa bersedia dan memberi kerjasama yang sangat baik sekiranya Arahan pelaksanaan dikeluarkan oleh peringkat Negeri.

     

    vi.         Kempen Kitar Semula Minyak Masak

    Jumlah minyak masak terpakai yang telah di kitar semula menjadi biodiesel di Negeri Selangor sejak tahun 2010-2015 adalah seperti di bawah:

     

     

    TAHUN

     

    2010

     

    2011

     

    2012

     

    2013

     

    2014

     

    2015

    KUTIPAN MINYAK

    (KG)

     

    5,649

     

    21,300

     

    15,700

     

    56,829.4

     

    40,065.9

     

    103,104.6

     

    Berdasarkan jadual tersebut menunjukkan terdapat peningkatan kesedaran bagi program kitar semula minyak masak bagi tujuan Biodiesel. Pada tahun 2015, berlaku peningkatan mendadak dan Kerajaan Negeri Selangor telah mensasarkan kutipan minyak masak terpakai untuk tujuan Biodiesel adalah sebanyak 60,000kg. Sehingga Disember 2015, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip 103,104.6kg minyak masak. Angka itu merupaka satu angka yang baik. Kerajaan Negeri akan terus komited di dalam pengumpulan minyak masak terpakai bagi tujuan Biodiesel dan mensasarkan kutipan sebanyak 150,000kg bagi tahun 2016.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.