Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

46) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri masih berhasrat bagi menggubal Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 4/2019 Kerajaan Negeri bersetuju supaya Kamar Penasihat Undang-Undang (PUU) Negeri Selangor bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) membentangkan draf Dasar Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PSPPA) Negeri Selangor bagi meneruskan penggubalan Enakmen PSPPA Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri juga telah menemui pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN), KPKT bagi memaklumkan hasrat Kerajaan Negeri. Proses ini memakan masa yang panjang berikutan wujud dasar-dasar baru seperi penubuhan PMC dan cadangan pembinaan WTE untuk dimasukkan ke dalam dasar RUU PSPPA.

Lampiran

Tiada Lampiran.