Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

157) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEB

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan pekerja terdiri daripada warga asing.adakah pihak KDEB atau kerajaan ada inisiatif untuk menarik minat warga tempatan untuk bekerja dengan insentif tertentu?

    KDEBWM dan juga pihak sub-kontraktor sentiasa mengalu-alukan pembabitan warga tempatan yang berminat untuk berkhidmat di dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Walaubagaimanapun, realiti sebenar adalah permohonan daripada warga tempatan untuk berkhidmat di dalam industri 3D – Difficult, Dangerous, Dirty ini adalah amat rendah.

    Berdasarkan rekod,  terdapat sub-kontraktor KDEBWM yang menggunakan tenaga kerja warga tempatan khususnya orang asli dan juga bangsa-bangsa yang lain. Walaubagaimanapun, berdasarkan maklumat dan pemerhatian yang telah dibuat, kebanyakan sub-kontraktor KDEBWM yang menggunakan khidmat pekerja warga tempatan ini akan mengalami masalah high attrition rate atau kadar pekerja berhenti yang tinggi kerana kebanyakkan mereka tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk berkhidmat bermula seawal pagi dalam keadaan berpanas dan berhujan selain bau yang kurang menyenangkan. Mereka juga perlu bekerja 365 hari setahun kerana perkhidmatan KDEBWM adalah pada setiap hari termasuk cuti hujung minggu dan cuti am.

    KDEBWM dan juga semua sub-kontraktor yang dilantik sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan mengalu-alukan sekiranya terdapat warga tempatan yang berminat untuk bekerja khususnya sebagai krew kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.  Warga tempatan yang berminat boleh memohon secara terus kepada mana-mana sub-kontraktor KDEBWM.

Lampiran

Tiada Lampiran.