Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

276) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DOMESTIK

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan perbelanjaan bagi pengurusan sisa pepejal domestik?

    Secara prinsipnya kos pengurusan sisa pepejal domestik dan pembersihan awam adalah di bawah tanggungan Pihak Berkusa Tempatan (PBT) masing-masing. Namun, selaras dengan pelaksanaan Private Management Company (PMC), Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 7/2018 bersetuju supaya kadar harga perkhidmatan bagi setiap premis yang dikenakan hendaklah tidak kurang daripada kadar harga yang dikenakan oleh PBT sebelum ini. Kos pengurusan tersebut akan berubah dari masa ke semasa berdasarkan pembukaan kawasan baru seperti kawasan komersil, perindustrian dan kediaman. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri turut mengambil inisiatif untuk membantu PBT berstatus daerah yang memohon peruntukan bagi menguruskan kutipan sampah domestik di kawasan kampung dengan memperuntukkan sebanyak RM4.9 juta pada tahun 2018 dan RM5.7 juta pada tahun ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.