PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGERI SELANGOR

1) PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah keberkesanan pengurusan sisa pepejal selepas dikendalikan oleh KDEBWM.

    Sepanjang pengambilahan operasi pengurusan sisa pepejal di MPK, KDEBWM
    telah memperkenalkan beberapa inisitif baru bagi mempertingkatkan
    keseluruhan operasi pengurusan sisa pepejal di PBT berkenaan iaitu:

    1. pemberian lori kompaktor baru yang dilengkapi sistem pemantauan Auto
    Vehicle Locating System (AVLS), kamera undur dan CCTV kepada subkontraktor
    menggunakan kaedah sewa-beli;
    2. penggunaan sebuah lori kompaktor baru di setiap zon (1 lori 1 zon);
    3. pewujudan Centralized Command Centre (CCC) yang berperanan
    sebagai pusat kawalan operasi kutipan sisa pepejal KDEBWM dalam
    menerima aduan serta pemantauan penyelia kawasan dan kontraktor
    kutipan;
    4. penggunaan telefon pintar yang dilengkapi dengan alat pengesan
    (tracker) bagi memantau pergerakan penyelia kawasan dan lori
    kompaktor;
    5. penggunaan Aplikasi i-Clean sebagai salah satu medium kepada
    pengguna untuk menyalurkan aduan; dan
    6. penggunaan aset-aset lain selain kompaktor seperti RORO dan tricycle
    sebagai aset sokongan.

    Keberkesanan turut boleh dilihat dari aspek statistik aduan yang menunjukkan
    trend penurunan yang signifikan seperti berikut:

    Usaha penambahbaikan dan pemodenan infratruktur kutipan yang dilaksanakan
    oleh KDEBWM di MPK adalah bertepatan dengan komitmen Kerajaan Negeri
    untuk membangunkan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang
    berkonsepkan Smart City dan Smart State. Penggunaan aplikasi dan teknologi
    dalam menangani masalah pengurusan sisa pepejal di negeri Selangor bukan
    sahaja merealisasikan objektif kerajaan negeri untuk membangunkan
    persekitaran dan infrastruktur yang lebih mampan, bahkan akan turut
    menyumbang kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan
    bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.