Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

91) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauhmana kejayaan khidmat pembersihan awam dicapai menerusi Smart Waste Management yang dilaksanakan menerusi KDEBWM Sdn Bhd?

    Smart Waste Management merupakan salah satu daripada 12 teras yang terkandung di dalam perkhidmatan Smart Selangor dalam membangunkan Negeri Selangor sebagai Smart State. Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah teras ini adalah aplikasi i-Clean yang mana ia diperkenalkan oleh KDEBWM untuk memudahkan orang awam dalam menyalurkan aduan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan yang berada di bawah kawalan KDEBWM. Penggunaan aplikasi ini merupakan inisiatif bagi memberikan cara terpantas dalam menyelesaikan isu sampah apabila pengguna boleh menyemak status aduan dalam tempoh masa 24 jam samada ianya telah diselesaikan atau pun sebaliknya. Penggunaan aplikasi ini telah mencatatkan penurunan aduan yang signifikan serta membantu dalam menyelesaikan aduan dalam tempoh yang singkat selaras dengan ikrar KDEBWM untuk menyelesaikan aduan dalam tempoh 24

    Selain penggunaan aplikasi i-Clean, inisiatif lain turut diperkenalkan iaitu penggunan lori RORO yang dilengkapi dengan sistem GPS tracker bagi memantau pergerakan lori secara ‘real time’. Perkara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kejadian lori-lori yang tidak masuk ke kawasan pembersihan yang telah ditetapkan, culas dalam menjalankan tugas dan sebagainya.

    Di bawah komponen Smart Waste Management juga, KDEBWM telah mewujudkan sebuah Pusat Aduan Setempat atau dikenali sebagai Centralized Command Center (CCC) yang berperanan untuk menguruskan segala aduan yang diterima dengan efektif dan sistematik. CCC ini akan memantau setiap pergerakan lori-lori KDEBWM di kawasan kontrak bagi memastikan kerja-kerja dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Untuk makluman, aduan yang diterima melalui aplikasi i-Clean akan juga diurus dan diselaraskan melalui CCC.

    Secara umumnya, inisiatif yang diwujudkan di bawah komponen Smart Waste Management seperti GPS Tracker, Centralized Command Center dan aplikasi i- Clean ini telah menjadikan KDEBWM di dalam situasi total control dan dapat mengawal selia kerja-kerja kontraktor dan aduan dengan sistematik, efektif dan efisien.

Lampiran

Tiada Lampiran.