Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

67) PENGURUSAN SRA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka panjang kerajaan bagi memantapkan institusi agama terutama Sekolah Rendah Agama terutama pemantapan modal insan dan kebajikan serta kerjaya kakitangan sekolah?

     Perancangan jangkapanjang :
    1) Memberi pendidikan asas agama kepada semua murid beragama islam di
    negeri Selangor
    2) Mengkaji dan menyemak kurikulum Pendidikan Islam JAIS setiap lima
    tahun atau berdasar kepada perkembangan semasa, untuk memastikan
    ianya sentiasa releven
    3) Menyediakan tempat belajar yang kondunsif di semua institusi pendidikan
    termasuk membina bangunan tambahan, baikpulih dan membena
    bangunan baru
    4) Meningkatkan kemahiran kakitangan, termasuk latihan guru dengan
    kerjasama KUIS, UNISEL dan Institusi – institusi lain
    5) Merancang untuk menubuh Yayasan Pendidikan Islam Selangor. Bagi
    mengurus pendidikan secara fokus.
     Pemantapan modal insan, kebajikan dan kerjaya kakitangan :
     Kerajaan sedang menstruktur semula perjawatan di Bahagian Pendidikan
    islam seperti dilampiran 1
     Kerajaan telah dan akan menyediakan peluang – peluang menambah
    ilmu dan kemahiran. Peluang-peluang belajar dan meningkat kemahiran
    ini termasuk di institusi – institusi dalam dan luar nagara.

Lampiran

Tiada Lampiran.