Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

134) PENGURUSAN SUMBER AIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memanfaatkan 9,168 JLH air larian permukaan yang belum dimanfaatkan yang mengalir ke laut?

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan kajian bagi memanfaatkan 9,186 JLH berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara 2010. Pada masa ini, pihak LUAS sedang melantik jurutera perunding bagi menjalankan Kajian Kolam Bekas Lombong Sebagai Kolam Takungan Aliran Banjir Di Lembangan Sungai Selangor. Lokasi yang dicadangkan adalah di sekitar Bestari Jaya. Hasil daripada kajian ini, kebolehdapatan sumber air dijangka dapat ditambahkan di mana aliran banjir dapat digunakan sebagai sumber kepada bekalan air Negeri Selangor. LUAS akan meneruskan kajian ini di Lembangan Sungai Langat di sekitar Tanjung Dua Belas dan juga Lembangan Sungai Klang di sekitar Puchong.

Lampiran

Tiada Lampiran.