Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

214) PENGURUSAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar baru pengurusan tanah bawah kerajaan yang baru sejak tahun 2008, serta kebaikannya?

    Dasar baru pengurusan tanah di bawah Kerajaan yang baru sejak tahun 2008 hingga sekarang adalah seperti berikut :-

        Tarikh    
    Bil.   Dasar Baru   Kebaikan
    Berkuatkuasa
         
    1. 6 Nov 2008 Pekeliling PTG Bil.4/2008 : Penurunan Kuasa Kepada Pentadbir Tanah Untuk Membuat Keputusan Ke Atas Sebahagian Permohonan Kebenaran Pindahmilik Dan Lain-Lain Perkara Yang Berkaitan Dengan Kebenaran Pindahmilik

    1. Penurunan Kuasa Kepada YAB. Dato’

    Menteri Besar Selangor

    i.      Permohonan Kebenaran Pindahmilik individu Bumiputera kepada individu bukan Bumiputera;

    ii.    Permohonan Kebenaran Pindahmilik individu Bumiputera kepada syarikat (bukan Bumiputera);

    iii.   Permohonan Kebenaran Pindahmilik syarikat Bumiputera kepada syarikat bukan Bumiputera;

    Penurunan kuasa dan panduan-panduan lain berkaitan kebenaran pindahmilik ini dibuat atas hasrat untuk mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam di Negeri Selangor dan inisiatif ke arah penambahbaikan secara berterusan.

     

        Tarikh    
    Bil.   Dasar Baru   Kebaikan
    Berkuatkuasa
         
        iv.   Permohonan Kebenaran Pindahmilik

    Secara          Menyeluruh (Blanket Approval); dan

    v.    Rayuan Semula ke atas Permohonan Kebenaran Pindahmilik yang telah ditolak.

    2.    Penurunan Kuasa Kepada Pengarah

    Tanah dan Galian Selangor

    i.      Permohonan Kebenaran Pindahmilik warganegara asing dan penduduk

    tetap; dan

    ii.     Permohonan Kebenaran Pindahmilik secara menyeluruh “Blanket Consent” yang melibatkan lot-lot industri di Negeri Selangor tanpa sebarang syarat kuota.

    3.    Penurunan Kuasa Kepada Pentadbir

    Tanah Daerah

    i.      Permohonan kebenaran pindahmilik antara anggota keluarga (kasih sayang);

    ii.     Permohonan kebenaran pindahmilik individu Bumiputera kepada individu Bumiputera;

    iii.    Permohonan kebenaran pindahmilik individu bukan Bumiputera kepada individu bukan Bumiputera;

    iv.    Permohonan Kebenaran Pindahmilik individu bukan Bumiputera kepada

     

     

        Tarikh    
    Bil.   Dasar Baru   Kebaikan
    Berkuatkuasa
         
        individu Bumiputera;

    v.     Permohonan Kebenaran Pindahmilik individu bukan Bumiputera kepada syarikat Bumiputera / bukan

    Bumiputera;

    vi.    Permohonan Kebenaran Pindahmilik syarikat Bumiputera kepada syarikat Bumiputera;

    vii.  Permohonan Kebenaran Pindahmilik syarikat bukan Bumiputera kepada syarikat bukan Bumiputera; dan

    viii. Permohonan Kebenaran Pindahmilik syarikat bukan Bumiputera kepada syarikat Bumiputera.

     
    2. 1 Ogos 2009 Pekeliling PTG Bil.3/2009 : Garis panduan

    Pengeluaran Permit Bahan Batuan (Borang

    4C) Di Bawah Seksyen 72 Kanun Tanah

    Negara (KTN) 1965 Bagi Tujuan Perlombongan Pasir Di Atas Tanak Millik

    a.    Kerajaan Negeri akan melantik KSSB sebagai badan penyelaras bagi

    permohonan permit di atas tanah hakmilik;

    b.    Permit pasir (Borang 4c) dikeluarkan atas nama KBBS;

    c.    KSSB berperanan memantau dan memastikan semua operasi mematuhi

    syarat-syarat kelulusan permit;

    d.    KSSB akan menubuhkan satu panel penilaian untuk menilai sesuatu

    Penglibatan tuan tanah persendirian dalam industri perlombongan pasir perlulah dibuat secara teratur dan bersyarat bagi menggalakkan aktiviti perlombongan pasir yang sistematik dan terkawal serta menepati objektif berikut:

    i. Memberi peluang kepada tuan tanah menceburi industri pasir           serta meningkatkan taraf hidup mereka; ii. Dapat

     

        Tarikh    
    Bil.   Dasar Baru   Kebaikan
    Berkuatkuasa
         
        permohonan yang diterima;

    e.    Pemohon yang layak akan menjalani sesi temuduga untuk menjelaskan syarat-syarat yang akan dikenakan oleh PNB dan KSSB;

    f.     Setelah syarat-syarat dipersetujui, permohonan berkenaan akan diangkat kepada MMKN untuk mendapatkan kelulusan dasar;

    memanjangkan

    tempoh hayat rizab pasir di tanah

    Kerajaan dan tanah anak syarikat

    Kerajaan Negeri;

    iii.Memastikan aktiviti perlombongan pasir dilaksanakan mengikut syaratsyarat kelulusan permit dan mesra

    alam sekitar; dan

    iv.Pembukaan lombong pasir di atas tanah milik akan dapat mengurangkan aktiviti pengeluaran pasir secara haram serta kemasukan pasir dari negeri jiran seperti Negeri

    Sembilan dan Perak.

    3. 1 Oktober 2009 Pekeliling PTG Bil.6/2009 : Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran.

    Garis panduan yang dikeluarkan adalah untuk membuat penambahbaikan ke atas garis panduan sedia ada.

    Menggalakkan Pemilik

    Kilang Haram di Negeri Selangor mengikuti

    Program yang dilancarkan oleh

    Kerajaan Negeri iaitu Program Pemutihan Kilang Tanpa

    Kebenaran.

     

    4. 22 Jun 2011 Pekeliling PTG Bil.9/2011 : Perwakilan

    Kuasa             Bagi             Mempertimbangkan

    Pengecualian Denda Lewat Bayaran Cukai

    Tanah

    ii.      Pentadbir Tanah Daerah diberikan kuasa untuk mempertimbangkan sehingga 100% kriteria yang ditetapkan.

    iii.     Setiap hak milik hanya boleh diberi pertimbangan sekali sahaja kecuali bagi

    Badan Berkanun Kerajaan (NonGovernmental Organization (NGO)) atau persatuan yang setaraf dengannya. iv. Tiada bayaran Fi Pejabat dikenakan.

    Penurunan kuasa yang dibuat atas hasrat untuk mempertingkatkan keberkesanan             sistem penyampaian perkhidmatan awam di Negeri Selangor dan inisiatif           ke             arah penambahbaikan secara berterusan.
    5. 20 April 2010 Pekeliling PTG Bil.6/2010 : Dasar Pelupusan

    Tanah Kerajaan Melalui Kaedah Jualan Di

    Negeri Selangor

    a.    Pemberimilikan tanah adalah bagi pemohon yang menetap di kawasan tersebut dan mendirikan rumah kediaman, premium dikenakan berdasarkan premium sedia ada. Manakala bagi pemohon yang mengusahakan tanah untuk tujuan komersil (bagi tujuan pembangunan bercampur, perniagaan dan industri) adalah ditawarkan untuk membeli tanah tersebut dengan harga pasaran.

    b.    Dua (2) kaedah pelupusan akan digunakan

    iaitu:-

    i. Pelupusan tanah secara jualan terus; atau ii. Pelupusan tanah secara tender.

    Memastikan hanya pemohon yang benarbenar layak sahaja membangunkan tanah

    Kerajaan.

     

        c. Penentuan mengikut harga pasaran akan ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.  
    6. 17 Jun 2010 Pekeliling PTG Bil.8/2010 : Memasukan Kaveat Pendaftar Ke Atas Hakmilik Tanah Yang Disyaratkan Untuk Kegunaan Awam

    Tetapi Tidak Diserahkan

    a.    PBT berkaitan dicadangkan supaya mengemukakan permohonan kepada Pentadbir Tanah Daerah atau

    Pendaftar Hakmilik bagi memasukkan Kaveat Pendaftar bagi menghalang tanah-tanah tersebut daripada sebarang urusniaga atau pembangunan.

    b.    Selepas kaveat pendaftar didaftarkan, sekiranya pemilik tanah tersebut bersetuju secara sukarela untuk menyerahbalik tanah berkaitan kepada Kerajaan Negeri, PTG berpandangan adalah wajar sekiranya cukai tanah dan tunggakan cukai (jika ada) yang telah dikenakan kepada pemohon dikecualikan sepenuhnya.

    c.    Dan sekiranya pemohon enggan atau gagal untuk menyerahbalik tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri dalam masa yang ditetapkan, Kerajaan Negeri akan mengambil tanah tersebut melalui proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan bayaran pampasan ditetapkan sebanyak RM10.00 nominal.

    Menjaga kepentingan tanah-tanah tersebut daripada digunakan oleh pemilik tanah selain daripada tujuan kegunaan awam

     

    7. 16 Jun 2010 Pekeliling PTG Bil.9/2010 : Dasar Tuntutan Cukai Tanah Terhadap Pemilikan Tanah Yang Dilupuskan Untuk Tujuan Institusi Dan Bangunan Kemasyarakatan Serta

    Mendapati Cukai Tanah Tertunggak Selama Lima (5) Tahun Berturut-Turut Atau Lebih

    Banyak tanah yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak berkenaan untuk tujuan institusi atau bangunan kemasyarakatan tetapi masih belum dibangunkan. Oleh yang demikian, timbul masalah apabila pihak yang berkenaan tidak menjelaskan cukai tanah yang telah ditetapkan sehingga cukai tersebut tertunggak melebihi lima (5) tahun.

    Memastikan pembayar cukai tersebut tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negeri.
    8. 4 Ogos 2011 Pekeliling PTG Bil.8/2010 : Garis Panduan

    Kegunaan Tanah Untuk Tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri Selangor

    Setiap permohonan pewartaan tanah kerajaan atau mengubah kategori syarat nyata tanah untuk tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam perlu perakuan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor.

    Pembangunan yang dibuat mengikut kriteriakriteria yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
    9. 3 Januari 2011 Pekeliling PTG Bil.16/2010 : Pelaksanaan Kadar Baru Fi Pejabat Bagi Pendaftaran Pindahmilik Tanah dan Pengenaan Denda Ke Atas Hakmilik Atau Suratcara Urusniaga Yang Lewat Dipungut

    Selaras dengan matlamat di bawah Program “Ease Of Registering Property in Malaysia” yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya pendaftaran urusan pindahmilik tanah dalam masa satu (1) hari dilaksanakan bermula 1 Mac 2010.

    Pendaftaran urusan pindahmilik tanah dapat dilaksanakan dalam masa satu (1) hari.

    Menyelesaikan masalah penyimpanan dokumen di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Daerah.

     

        Pengenaan denda ke atas hakmilik atau suratcara urusniaga yang lewat dipungut untuk menyelesaikan masalah penyimpanan dokumen di Pejabat Tanah dan Galian

    Selangor dan Pejabat Tanah Daerah.

     
    10. 1 April 2011 Pekeliling PTG Bil.3/2011 : Garis Panduan Perolehan Hartanah dan Paras Harga Baru Oleh Warga Asing/ Penduduk Tetap/ Syarikat Asing Di Negeri Selangor

    Kerajaan Negeri telah menetapkan paras harga bagi semua jenis perolehan Oleh Warga Asing/ Penduduk Tetap/ Syarikat Asing Di Negeri Selangor adalah RM500,000.00.

    Dasar perolehan hartanah oleh

    warganegara asing/penduduk tetap bagi tujuan bangunan kediaman di negeri Selangor kerana melibatkan perubahan kepada paras harga (threshold) hartanah yang terlibat.

    11. 1 Januari 2011 Pekeliling PTG Bil.4/2011 : Penyediaan Tapak Perkuburan Islam dan Bukan Islam

    Serta Pengenaan Bayaran Caruman Tabung Amanah Perkuburan

    Keluasan penyediaan tapak perkuburan Islam dan bukan Islam bagi sesuatu pembangunan telah berubah daripada 500 ekar (250 hektar) kepada 250 ekar (100 hektar).

    Perubahan dari segi bayaran caruman tabung amanah perkuburan bagi pembangunan yang berkeluasan 250 ekar (100 hektar) juga telah berubah daripada RM62.50 setiap petak/ unit kediaman kepada RM500.00 bagi Daerah Petaling/ Klang/ Gombak/ Hulu Langat/ Sepang/ Kuala Langat dan RM300.00 bagi Daerah Kuala Selangor/ Sabak Bernam/ Hulu Selangor.

    Memastikan pemaju menyediakan tapak perkuburan/ wang yang mencukupi bagi membiayai penduduk di kawasan tersebut.

     

    12. 13 Jun 2011 Pekeliling PTG Bil.5/2011 : Pengeluaran

    Suratan Hakmilik Kepada Menteri Besar

    Selangor (Perbadanan) Bagi Tanah-tanah Kerajaan Di Negeri Selangor

    Merujuk kepada Kanun Tanah Negara, tanah Kerajaan yang boleh diberimilik adalah merangkumi semua tanah dalam negeri berkenaan  termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai,  dan tepi pantai, dan dasar laut yang termasuk dalam wilayah negeri itu atau batas perairan wilayah selain daripada tanah milik, tanah lombong, tanah rizab dan tanah hutan.

    Langkah           Kerajaan

    Negeri                     untuk

    meningkatkan pemantauan dan kawal selia aset Kerajaan Negeri yang mana meliputi tanah-tanah Kerajaan.  Melalui pengeluaran hakmilik kepada pihak tertentu,

    Kerajaan Negeri berhasrat untuk memastikan tiada tanah Kerajaan yang terbiar dan sebaliknya dimajukan mengikut syarat guna tanah yang dibenarkan (zoning).

    13. 1 Jun 2011 Pekeliling PTG Bil.6/2011 : Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian Di Negeri Selangor

    Menawarkan bayaran premium pada kadar

    RM1,000.00 nominal

    – Membantu semua rakyat di Negeri Selangor,

    menduduki dan memiliki tanah

    Kerajaan secara sah dengan hakmilik dikeluarkan atas nama individu yang berkenaan.

    Kebanyakan rakyat di Negeri Selangor keberatan atau enggan untuk

    mengemukakan permohonan tanah kerana premium yang dikenakan terlalu tinggi dan individu berkenaan tidak mampu untuk

     

          menjelaskan

    premium             yang

    dikenakan;

    –       Menyelesaikan permasalahan orang ramai berkaitan ketidakmampuan menjelaskan bayaran premium

    tanah;

    –       Memberi peluang kepada rakyat Negeri Selangor membuat pilihan untuk menentukan kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masingmasing; dan

    –       Membantu Kerajaan Negeri

    menyelesaikan isu pendudukan setinggan di atas tanah Kerajaan.

    14. 20 Julai 2011 Pekeliling PTG Bil.7/2011 : Garis Panduan

    Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Tanah

    Kerajaan Di Negeri Selangor

    a.    Kuasa untuk mempertimbangkan permohonan LPS ialah Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor.

    b.    Kadar bayaran LPS dikira berdasarkan:

    Nilaian sewaan tanah semasa x 12 bulan @

    Keputusan mempertimbangkan lebih adil dan saksama tanpa ada perbezaan kedudukan, bangsa dan agama.

     

        tempoh mengikut bulan sebelum tahun semasa berakhir x luas  
    15. 20 Julai 2011 Arahan PTGS Bil.2/2011 : Garis Panduan

    Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian Di Negeri Selangor (Maklumat Tambahan Kepada Pekeliling Pengarah Tanah Dan

    Galian Selangor Bil.6/2011)

    Tempoh bayaran premium

    i.    Notis Borang 5A : 6 bulan ii.          Notis Borang 7G : 3 bulan + 1 bulan (secara       pentadbiran di         Pejabat Tanah Daerah dengan pengenaan caj tambahan 3% daripada premium yang dikenakan)

    Mengemaskini tempoh sedia ada agar lebih seragam dan teratur.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.