Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

83) PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan caruman kubur diwujudkan? Berapakah jumlah caruman yang ada mengikut PBT atau Daerah?

    Akaun Amanah Perkuburan ini ditubuhkan bagi membolehkan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan caruman perkuburan yang dikutip daripada pemaju dan pemilik tanah yang membangunkan tanah kurang daripada 250 hektar (500 ekar) untuk perumahan / kediaman atau pembangunan bercampur setelah pemberimilikan tanah atau tukar syarat tanah

    Semua perbelanjaan dari Akaun ini adalah untuk pembiayaan penyediaan tapak perkuburan atau kos pengambilan tanah bagi perkuburan Orang Islam dan Bukan Islam atau urusan pembayaran berkaitan dengannya serta pengurusan pembangunan perkuburan.

    Jumlah kutipan caruman sehingga 30 September 2015 adalah sebanyak RM41,471,684.90 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Satu Juta Empat Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu Enam Ratus Lapan Puluh Empat dan Sen Sembilan Puluh Sahaja). Jumlah kutipan caruman adalah seperti di LAMPIRAN A.

Lampiran

Tiada Lampiran.