Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

98) PENGURUSAN TANAH SECARA DIGITAL

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi penerangan tentang pembaharuan-pembaharuan dan pencapaian-pencapaian utama yang dikecapi dalam pengurusan tanah secara digital sejak 2008.

    Pembaharuan dan pencapaian utama :

    Perkhidmatan On-Line kepada Pelanggan / Orang Awam

    Perkhidmatan Fungsi
    i. e-Perserahan Semakan status pendaftaran secara online PTGS. http://eperserahan.selangor.gov.my
    ii. e-Pungutan Semakan status dokumen pungutan secara online

    PTGS.

    http://epungutan.selangor.gov.my

    iii. Consent2u Kemudahan kepada pelanggan untuk membuat permohonan kebenaran pindahmilik, gadaian dan pindahmilik serta gadaian serentak secara atas talian.

    http://consent2u.selangor.gov.my

    iv. Pertanyaan Bil Hasil On-Line Perkhidmatan semakan maklumat cukai tanah dan caj terkini.

    http://hasil.selangor.gov.my

    v. Semakan Status Hakmilik Strata Perkhidmatan hakmilik strata. semakan secara online status
    vi. MySMS Selangor 15888 Semakan Cukai Tanah secara SMS PTGS CUKAI [ no akaun ] SMS ke 15888

    Sistem Aplikasi Pengurusan Maklumat Tanah Selangor

    Sistem Aplikasi Fungsi
    i. Selangor                              Land Information System (SeLIS) Mengurus maklumat aset tanah kerajaan negeri dengan menggabungkan maklumat tekstual dan spatial berasaskan teknologi ICT dan GIS.
    ii. Sistem                      Pungutan Dokumen (SPD) Mengawalselia semua urusan pungutan dokumen dan kutipan denda.
    iii. Secured                              Land Management System (SELAMAT) Sistem ini menerimapakai teknologi biometrik bagi beberapa urusan yang melibatkan hakmilik tanah. Tujuan SELAMAT adalah bagi mengurangkan risiko penipuan dan pemalsuan bagi urusan tanah. Rekod biometrik ini akan disimpan sebagai rujukan dimasa hadapan.
    iv. e-STRATA Mengurus maklumat urusniaga dan bukan urusniaga bagi hakmilik strata setelah permohonan pembangunan strata diluluskan.
    v. Land    Bank    Library System (LBLS) Mengurus     dokumen     urusniaga    dan                       bukan urusniaga secara digital. Dokumen yang telah siap diimbas bagi fasa 1 projek ini adalah bagi tahun : 2004 – 2010       – dokumen landed.

    2007 hingga 2010 – dokumen strata

    Projek ini telah ditambahbaik pada tahun 2013 dengan menambah modul laporan dan peningkatan dari segi keselamatan.  Sistem Carian LBLS juga telah dibangunkan bagi memudahkan urusan carian di bilik kebal Stadium Shah Alam.

    Jumlah dokumen yang selesai diimbas adalah 1.9 juta

    vi. Sistem Resit Bayaran (SRB) Menyemak dan menentusahkan resit bayaran bagi urusan kaunter pandaftaran adalah sah dan telah dibayar sebelum perserahan bagi urusan tanah dilakukan.
    vii. Sistem                 Pengurusan Wakil Firma (e-Wakil) Sistem yang merekodkan maklumat peguam dan wakil peguam/firma yang berurusan di kaunter PTGS. Tujuan adalah bagi mengenalpasti  peguam atau wakil firma sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

    Peningkatan Infrastruktur ICT bagi Pengurusan Maklumat Tanah Selangor

    Kemudahan Infrastruktur Fungsi
    i. Pelaksanaan   sistem backup                     Continous

    Data            Protection (CDP).

    Pelaksanaan sistem pengurusan backup sistem aplikasi di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.
    ii. Penggunaan teknologi                          ‘Virtual Server’ Pelaksanaan teknologi virtual server bagi sistem aplikasi yang tidak memerlukan sumber server yang banyak semasa sistem beroperasi.
    iii. Pelaksanaan ‘off-site’ backup. Pelaksanaan ‘off-site backup’ yang menyimpan salinan pendua data dalam menggunakan medium ‘external harddisk’ sistem aplikasi kritikal di luar lokasi Pejabat Tanah Dan Galian Selangor iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.