Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

38) PENGURUSAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk melancarkan penyelesaian pelbagai aduan rakyat?

    Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan suatu aplikasi khusus iaitu Portal Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) bagi membolehkan pengurusan aduan awam  yang melibatkan proses pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik. Inisiatif aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan orang awam bagi mencerminkan perkhidmatan mesra pelanggan. Portal STARS ini juga adalah gerbang utama kepada pengadu yang ingin menyampaikan aduan atau maklumbalas kepada mana-mana organisasi dan agensi kerajaan di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.