Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

7) PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DALAM MENGHADAPI WABAK COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada majikan dalam usaha untuk mengurangkan pembuangan pekerja oleh syarikat mereka?

    Kerajaan Negeri memberi fokus kepada usahawan bagi merancakkan ekonomi secara umum melalui pelbagai bantuan kepada para usahawan dan pemilik perniagaan. Antaranya ialah pemberian bantuan secara langsung dan pemberian moratorium serta penangguhan bayaran sewa premis perniagaan. Berikut merupakan perincian bantuan-bantuan tersebut:-

    1. Bantuan tunai one-off kepada peniaga

    Bantuan ini diberikan kepada peniaga dan penjaja yang berdaftar dengan PBT melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM40 juta.

    2. Moratorium pinjaman mikrokredit HIJRAH Selangor.

    Peminjam daripada HIJRAH Selangor diberi penangguhan bayaran pinjaman selama 3 bulan dari 18 Mac 2020 hingga 15 Jun 2020. Bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM70 juta.

    3. Pengecualian sewa premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Peniaga yang menyewa di premis PBT diberikan pengecualian sewaan 1 bulan pada April 2020 yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM12 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.