Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

95) PENIAGA ASING

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peniaga asing didapati menggunakan lesen orang tempatan untuk berniaga.

    Pada masa kini, tidak dinafikan isu peniaga asing menggunakan lesen orang tempatan untuk berniaga semakin berleluasa. Masih terdapat juga pemegang lesen perniagaan yang menggunakan perkhidmatan warga negara asing bagi membantu perniagaan mereka malah dijadikan proksi untuk menjalankan perniagaan tersebut.

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengadakan pemantauan berkala dan operasi bersepadu bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Antara tindakan yang telah diambil oleh PBT adalah:

    • Tindakan sitaan dan kompaun dijalankan ke atas premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
    • Tindakan pembatalan lesen sekiranya didapati peniaga melanggar syarat- syarat yang ditetapkan termasuk menyewakan lesen kepada orang
    • Lesen perniagaan akan ditarik balik sekiranya kesalahan yang dilakukan didapati berulang.

Lampiran

Tiada Lampiran.