Peniaga Dan Penjaja Tepi Jalan Di Meru
17) Peniaga Dan Penjaja Tepi Jalan Di Meru
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah MPK mempunyai rancangan untuk memindahkan peniaga tepi jln terutamanya di depan Masjid Meru ke tempat lain?
Majlis Perbandaran Klang telah menawarkan Lesen Penjaja Sementara kepada peniaga-peniaga di sekitar kawasan Meru melalui program PASCA COVID-19 bermula bulan Ogos 2020. Peniaga-peniaga yang diluluskan telah ditempatkan di tapak pasar malam Jalan Paip dan dibenarkan berniaga setiap hari kecuali hari Jumaat dan Ahad kerana terdapat pasar pagi dan malam di lokasi.
