Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

301) PENIAGA DAN TAPAK PENJAJA KECIL

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Gerai MPK pekan Meru (Jalan Kenangan dan depan 7Eleven) yang uzur dan kotor. Mengapa tiada kajian untuk naiktaraf atau pindah?

    Kedua-dua lokasi gerai ini adalah termasuk di dalam perancangan untuk pembangunan semula dan cadangan naik taraf serta pemindahan ke Pusat Penjaja yang moden serta teratur dan pengindahan kawasan selaras dengan Plan Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) 2020.  Majlis perlu menyediakan bajet dan peruntukan mencukupi untuk pelaksanaan cadangan tersebut yang dianggarkan sebanyak RM 1 Juta.

    Majlis juga bekerjasama dengan pemilik-pemilik dan pemaju tanah-tanah persendirian untuk memperuntukan sebahagian tanah pembangunan untuk pembinaan Pusat-pusat penjaja baru

Lampiran

Tiada Lampiran.