Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

123) Peniaga Susur Keluar Ukay Perdana Masih Belum Terima Kedai Baru

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di segi dokumentasi jelas Kerajaan berjanji dan berazam akan membina kedai-kedai baru untuk diserahkan kepada pekedai-pekedai tersebut. Namun sehingga kini mereka masih belum menerima kedai yang dijanjikan itu. Mengapa ini berlaku?

    Penyelarasan terhadap peniaga-peniaga di kawasan berikut yang telah dilaksana pemindahan, diselaraskan oleh pihak konsesi Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) dan East Klang Valley Expressway (EKVE) bersama Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

    a. Keputusan asal perobohan tidak melibatkan sebarang perjanjian penempatan semula

    b. Tiada tapak baru dicadangkan diberikan kepada gerai yang diroboh.

Lampiran

Tiada Lampiran.