Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

195) PENIAGA WARGA ASING

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peniaga warga asing di Selangor mengikut daerah.

    PBT tidak memberikan sebarang lesen atau permit kepada warga asing. Namun kebanyakan warga asing yang berniaga adalah menggunakan lesen perniagaan milik warganegara. PBT tidak dapat mengeluarkan kompaun ke atas penjaja-penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan kerana segelintir daripadanya tidak mempunyai dokumen yang sah atau dokumen pengenalan diri yang tetap (pasport). Sehubungan dengan itu, pihak PBT mengambil tindakan sitaan/ pindah alih berdasarkan peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi menangani permasalahan ini. Perincian jumlah sitaan adalah seperti di Jadual 1:

    Jadual 1 : Bilangan sitaan barang perniagaan bagi warga asing di PBT Negeri Selangor

    PBT Bilangan sitaan
    MBSA 1,002
    MBPJ 111
    MPK 254
    MPAJ 180
    MPSJ 35
    MPS 58
    MPKj 203
    MPSp 65
    MDKL 57
    MDHS 38
    MDKS 16
    MDSB 0
    JUMLAH 2,019

Lampiran

Tiada Lampiran.