Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

7) PENIAGA WARGA ASING

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membendung masalah peniaga warga asing yang menggunakan lesen warga tempatan?

    PBT boleh mengambil tindakan mengeluarkan notis Penamatan atau Pembatalan Lesen Perniagaan kepada pemilik lesen yang menyewakan lesen serta premis kepada warganegara asing serta operasi sitaan barang juga akan dilakukan oleh pihak penguatkuasaan.

    Selain itu, bagi membendung masalah peniaga warga asing yang menggunakan lesen warga tempatan, PBT menjalankan tindakan pemantauan secara berterusan dan melaksanakan operasi bersepadu bersama pihak Imigresen ke atas tapak-tapak penjaja dan premis perniagaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.