Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

201) PENILAIAN KESAN IMPAK PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan Kerajaan Pusat telah menolak cadangan ADB berhubung mekanisme penilaian kesan impak pelaburan (Legal Impact Assessment) yang telah diguna pakai oleh kesemua 11 negara Asean. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menerima pakai cadangan tersebut?

    Isu-isu berkenaan polisi dan insentif pelaburan adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan digunapakai oleh setiap Negeri di Malaysia. Sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan telah menolak penilaian kesan impak pelaburan (Legal Impact Assessment) yang dicadangkan oleh ADB, maka Kerajaan Negeri tiada pilihan melainkan mengunakan pakai setiap polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

    Legal Impact Assessment adalah kaedah yang diguna pakai oleh pihak ADB bagi menilai prestasi ekonomi negara-negara yang membuat pinjaman kemudahan kewangan daripada ADB.

    Sehingga ke hari ini Negara Malaysia tiada membuat apa-apa pinjaman kemudahan kewangan daripada ADB.

Lampiran

Tiada Lampiran.