Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

38) PENILAIAN TERHADAP AHLI PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah prestasi ahli-ahli PBT pada keseluruhan?

    Pada keseluruhannya, Ahli-Ahli Majlis PBT yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi
    penggal 2009/2010 telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh
    dedikasi, berkesan serta amat memuaskan. Walau bagaimanapun, hanya segelintir
    sahaja Ahli Majlis yang kurang aktif dalam penyampaian perkhidmatannya dan
    mereka ini telah pun diberikan pendedahan melalui kursus di Institut Latihan Pihak
    Berkuasa Tempatan (ILPBT) untuk meningkatkan pengetahuan serta kecekapan
    agar dapat menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.