Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

259) PENINGKATAN ANAK LUAR NIKAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat program kerajaan untuk mendepani kes remaja hamil luar nikah?

    Untuk isu remaja hamil luar nikah, terdapat banyak program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia amnya dan JKN Selangor khususnya. Ia  bermula dari promosi kesihatan sehingga ke penjagaan remaja hamil sehingga selepas kelahiran. Dari segi promosi, taklimat mengenai kesihatan remaja dan kesihatan reproduktif telah dijalankan di setiap sekolah menengah bagi pelajar tingkatan 1 setiap tahun iaitu semasa lawatan oleh Pasukan Kesihatan Sekolah di setiap daerah di Selangor. Penekanan tentang sentuhan selamat, bahaya HIV/AIDS dan bahaya hamil semasa remaja diberikan semasa ceramah. Ceramah atas keperluan dan permintaan dari sekolah juga dijalankan jika terdapat  kawasan yang berisiko tinggi hasil dari analisa situasi.

     

    Selain itu, kes-kes remaja hamil yang datang ke klinik kesihatan juga dipantau di peringkat daerah dan negeri bagi memastikan remaja tersebut bersalin secara selamat. Kaunseling diberikan kepada remaja dan rujukan ke Pakar Perubatan Keluarga bagi pengurusan klinikal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk isu sosial remaja berkenaan. Semua remaja hamil akan dipantau sehingga selepas bersalin. Remaja hamil termasuklah remaja yang berumur 10 hingga 19 tahun yang telah hamil samaada belum berkahwin atau telah berkahwin.

     

    Bagi negeri Selangor, terdapat program khas yang dijalankan untuk penjagaan remaja hamil terutamanya remaja hamil luar nikah. Program ini dinamakan Program Generasiku Sayang dan dilaksanakan sejak tahun 2017 bertempat di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam. Ia adalah kolaborasi di antara Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara 2 agensi ini pada 29 November 2017. MOU ini adalah untuk menjadikan kolaborasi ini secara formal, berkuatkuasa  mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2021 (5 tahun).

     

    Objektif program ini adalah seperti berikut:

     

    1. Menyediakan penjagaan kesihatan ibu (antenatal dan postnatal) kepada pelatih mengikut operasi piawai sedia ada
    2. Menyediakan penjagaan kesihatan bayi Pelatih mengikut operasi piawai sedia ada
    3. Saringan status kesihatan kepada pelatih
    4. Menyediakan perkhidmatan perancang keluarga
    5. Rujukan kepada Pakar Perubatan Keluarga jika perlu
    6. Memberikan pendidikan kesihatan dan seksual reproduktif
    7. Memantau pelaksanaan dalam operasi pusat perlindungan daripada aspek kesihatan.

     

    Walaupun pusat perlindungan ini berada di Sabak bernam, kemasukan pelatih adalah dari semua daerah di negeri Selangor setelah mereka melakukan permohonan kepada pihak MAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.