Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

158) PENINGKATAN HASIL PESAWAH PADI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu pesawah padi meningkatkan mutu & hasil pendapatan mereka?

    Perancangan kerajaan negeri untuk membantu pesawah padi meningkatkan mutu hasil dan pendapatan mereka adalah seperti berikut:

     

    1. Pengamalan Pakej Teknologi Padi

    Keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada :

    • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin atau benih
    • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah Pembajaan
    • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)

     

    1. Perladangan Persis

    Membangun dan menilai teknologi pengurusan tanaman padi yang bersesuaian dan ke arah amalan pertanian baik. Kearah itu, data asas dan maklumat kesuburan tanah dikumpul dan dianalisa untuk mengetahui tahap kesuburan tanah pada masa tersebut dengan menggunakan teknologi pertanian persis atau teknologi ’Remote Sensing’.

     

    1. Pengurusan Perosak Bersepadu

    Salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan hasil padi adalah pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi. Keadaan ini memerlukan pemerhatian dan penumpuan khusus kepada pengurusan secara bersepadu perosak dan penyakit, terutamanya bila berlaku wabak (outbrake).

     

    1. Automasi dan mekanisasi

     

    Aktiviti ini bertujuan mempromosi automasi dan mekanisasi serta aktiviti persawahan dengan memperluaskan penggunaan mesin dan jentera oleh pengusaha sawah. Mesin, jentera dan peralatan terkini berdasarkan perkembangan teknologi semasa yang sesuai akan diperolehi sebagai kaedah mempromosi penggunaan di kalangan pengusaha.

     

     

    1. Pembangunan institusi petani

    Memperkasakan modal insan dan meningkatkan keupayaan R & D pegawai dan petani dalam sektor tanaman padi melalui latihan amali dan teori oleh pakar. Juga melalui kursus, hands-on, lawatan, seminar dan sesi kerja.

     

    1. Pengurusan Berpusat

    Menggalakkan pesawah dalam satu kawasan atau blok untuk bergabung dan berfungsi sebagai satu unit pengeluaran supaya semua aktiviti berkaitan tanaman padi dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Serta menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan pesawah yang mengamalkan Pertanian Lestari. Pesawah akan diberi insentif berdasarkan kecekapan pengurusan yang mematuhi 10 faktor penentu meningkatkan hasil padi, aktiviti-aktiviti pertanian lestari serta pensijilan Amalan Pertanian Baik (MyGAP).

Lampiran

Tiada Lampiran.