Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

135) PENINGKATAN HASIL TANAMAN KELAPA DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Hasil Tanaman kelapa di Selangor dilihat semakin berkurangan berbanding permintaan yang meningkat . Apakah perancangan peningkatan hasil tanaman kelapa di negeri Selangor?

    Hasil tanaman kelapa pada umumnya tidak berkurangan. Untuk pengetahuan, jumlah pengeluaran kelapa di Selangor melebihi tahap sara diri (SSL) sehingga 106%. Walau bagaimanapun, terdapat permintaan yang mendadak pada masa tertentu seperti ketika musim perayaan yang menyebabkan bekalan kelapa dalam pasaran berkurangan. Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah merancang dan melaksanakan seluas 1,000 hektar kawasan penanaman kelapa di negeri ini dalam tempoh RMK Ke-10 yang sedang berjalan dengan penanaman kelapa matag dan kelapa pandan yang menghasilkan purata pengeluaran kelapa yang lebih tinggi bagi menggantikan pokok kelapa tinggi (Malayan Tall) bagi pekebun-pekebun kecil. Program pembangunan seperti tanaman semula kelapa dan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa dengan menanam kelapa varieti baharu membolehkan pengeluaran yang lebih tinggi sehingga 20,000 biji/ha/tahun mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa kepada RM1,500 sehektar sebulan. Bagi tempoh RMK ke-10, seluas 1,000 hektar kawasan dicadangkan dan 732 ha telah ditanam dari tahun 2011-2014. Pada tahun 2015 seluas 40 ha akan

Lampiran

Tiada Lampiran.