Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

99) PENINGKATAN KES DENGGI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peningkatan kes denggi dan jumlah kematian di Selangor ketika ini adalah amat membimbangkan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD dalam menangani masalah ini?

    Langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
    Langkah-langkah yang dilakukan adalah:-
    i) Operasi Gerak Gempur Pemeriksaan Tapak Binaan Dan Projek Terbengkalai di
    daerah Petaling pada 23/4/2008 dan 24/4/2008.
    ii) Mengadakan gerak gempur “Ops Bersih” iaitu operasi bersepadu kawalan
    denggi bermula pada 10 Mei ini di Lokaliti-lokaliti wabak
    iii) Menggerakkan penduduk untuk mengadakan gotong royong di kawasan atau
    lokaliti wabak dan bukan wabak, khasnya penglibatan proaktif dari ketua
    masyarakat/ Adun kawasan untuk menjayakan aktiviti ini.
    iv) Mengujudkan “Skuad Denggi” di semua lokaliti- lokaliti berwabak di negeri
    Selangor yang terdiri daripada ahli jawatankuasa daripada penduduk dan diketuai
    oleh ADUN kawasan masing-masing sebagai penasihat bagi menjalankan aktiviti
    “mencari dan memusnah” tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam
    dan luar kawasan rumah masing-masing.
    v) Mengujudkan Jawatankuasa Khas untuk menyediakan Strategi Baru bagi
    menangani wabak denggi di Negeri Selangor.
    vi) Kempen menggunakan media massa melalui:
    – Media elektronik iaitu hebahan awam di radio untuk menerangkan dan
    menjelaskan tentang penyakit demam denggi, jumlah kes dan langkahlangkah pencegahan yang perlu dilakukan.
    – Media cetak iaitu mengedar risalah dan poster berkaitan penyakit demam
    denggi dan kad denggi berkenaan cara-cara pencegahan penyakit demam
    denggi
    vii) Hebahan awam dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui :-
    – Bacaan teks Khutbah Jumaat berkenaan penyakit demam denggi di seluruh
    masjid dan surau di negeri Selangor.
    – Hebahan melalui kenderaan unit bergerak di lokaliti bermasalah berkenaan
    kejadian penyakit demam denggi dan langkah-langkah pencegahan yang
    perlu dilakukan
    – Menyampaikan maklumat berkenaan penyakit demam denggi secara
    bersemuka dengan para penduduk.
    viii) Menggerakkan masyarakat setempat menjalankan aktiviti membersihkan rumah
    masing-masing dengan mencari dan membuang bekas-bekas berpotensi
    pembiakan nyamuk aedes satu hari seminggu selama 10 min.
    ix) Menganjurkan Solat Hajat & Doa selamat di semua masjid dan surau selepas
    solat maghrib.
    x) Mengadakan perbincangan “Fokal Group” dengan jawatankuasa penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.