Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

263) PENINGKATAN KES DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengekang peningkatan mendadak kes denggi di Selangor?

    1. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, antara usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani wabak denggi bagi tahun 2015 adalah seperti berikut :
      1. Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang dipengerusikan oleh YB Exco Kesihatan, YB Pn Dr. Daroyah bt Alwi yang bermesyuarat setiap 2 kali sebulan bagi membincangkan masalah dan langkah kawalan terbaik dalam kawalan

     

    1. Melancarkan Program Terjah dan Musnah Aedes Peringkat Daerah Petaling. Program ini memberi fokus kepada pembersihan tempat pembiakan nyamuk aedes, pembersihan kawasan hotspot denggi, pembersihan pangsapuri kos rendah, pembersihan tapak binaan, pembersihan longkang, taman awam dan taman

     

    • PembentukkanTaskForce Denggi diperingkat PBT yang melibatkan pelbagai Jabatan berkaitan di PBT mengerakkan aktiviti kawalan Denggi yang lebih Antara jabatan yang terlibat adalah seperti berikut:-
      1. Jabatan Kesihatan dan Persekitaran
      2. Jabatan Taman & Rekreasi
      3. Jabatan Kejuruteraan
      4. Jabatan COB
      5. Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
      6. Jabatan Bangunan
      7. Jabatan Penguatkuasaan
      8. Lain-lain jabatan

     

    1. MenyediakanPelanTindakanSelangorkuBebasDenggi 2015 iaitu Program ‘Terjah&MusnahAedes’ yang menitikberatkanaktivitipencegahan di kawasan-kawasan yang                        Aktivitiinimerangkumipemeriksaan di Kawasanperumahan, Tapakbina, Pangsapurikosrendah, Taman awam&tamanrekreasi, Kawasan kg baruCina, Kawasan kg tradisi, KuartersKerajaan, Sekolah, Tadika, Masjid &surau, Rumahibadat, IPT, KawasankomersildanIndustri

     

    1. Meningkatkan penguatkuasaan perundangan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan

     

    1. Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya demam denggi dan cara pencegahan dengan mengadakan kempen dan taklimat di sekolah rendah dan menengah khususnya di kawasan wabak serta melalui khutbah jumaat dan ceramah di masjid dan surau
    • Menggiatkan aktiviti gotong –royong di peringkat masyarakat

     

    • Menjalankan taklimat denggi kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) atau Jawatankuasa Penduduk (JKP) semasa program gotong royong penduduk.

     

    1. Membuat edaran risalah denggi dan memberi abate semasa program gotong-royong

     

    1. Mewujudkan ‘Program/ Projek Khas PBT’ bagi mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi dan cara mengatasinya:-
    PBT Program/ Projek Khas PBT
    MBPJ Search&Destroy Aedes Ranger – SEDAR
    MBSA ADVOKASI dan

    ‘TaskForce’ Denggi MBSA

    MPSJ KajianNyamukToxo
    MPK a)    Program kebersihan bersama ADUN dan Ahli Majlis.

    b)    Program Gerak Gempur Aedes bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

    c)    Program Cikgu Ku Cantik di peringkat sekolah.

    d)    Risalah pelbagai bahasa seperti Bahasa Vietnam,Myanmar, Nepal dan lain-lain

    MPSP a)    DengueActionCommunity-DAC.

    b)    DengueActionKids-DAK

    c)    Bas Sekolah Tanpa Aedes – BATAS

    MDKS Dengue Buster Team

     

Lampiran

Tiada Lampiran.