PENINGKATAN WABAK DENGGI DI SELANGOR
23) PENINGKATAN WABAK DENGGI DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah untuk mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular?
Antara langkah untuk mengawal wabak denggi daripada terus menular adalah seperti
- Memberi penekanan kepada masyarakat serta agensi/ badan yang berkaitan mengenai pencegahan jangkitan denggi melalui konsep ‘Kebersihan Setiap Hari, Setiap Masa & Di Mana Jua (“Everyday Cleanliness, Everytime, Everywhere”) .
- Mempertingkatkan penglibatan masyarakat tempatan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi seperti ‘gotong-royong’, pemeriksaan rumah untuk tempat pembiakan nyamuk Aedes dan pembuangan sampah secara teratur melalui promosi penubuhan skuad denggi dan pasukan COMBI (‘Communication For Behavioral Impact’) dikalangan persatuan penduduk, agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
- Meningkatkan koordinasi serta peranan pelbagai agensi kerajaan/ bukan kerajaan/ NGO dan persatuan penduduk untuk mengatasi fakto risiko pembiakan nyamuk Aedes di lokaliti wabak denggi melalui Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah di semua daerah yang mengalami wabak denggi serta merancang aktiviti serta peranan/pemantauan khusus PBT di peringkat Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Wabak Denggi
- Meningkatkan kerjasama Jabatan Kesihatan PBT bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah bagi menjalankan langkah-langkah kawalan denggi, seperti semburan kabus dan larvisiding apabila kes denggi dilaporkan oleh klinik/ hospital kerajaan & swasta di lokaliti terlibat. Ini termasuklah memaksimakan penggunaan sumber manusia serta logistik di kedua-dua pihak secara terancang dan
- Mengadakan program khas denggi di lokaliti terpilih serta tumpuan awam seperti di sekolah/ IPTA/IPTS, tempat beli belah dan untuk memberi kesedaran serta memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di premis yang
- Penguatkuasaan undang-undang, dengan kompaun minima RM 500, terhadap semua premis yang dikesan positif untuk pembiakan nyamuk Aedes. Ini juga termasuk penutupan tapak binaan yang didapati positif untuk pembiakan nyamuk
