Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

31) PENJAGAAN KESIHATAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah program pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat bagi lelaki akan dimulakan?

    Program pemeriksaan ini akan dimulakan selewat-lewatnya awal tahun 2014 setelah perbincangan dengan semua agensi yang terlibat selesai diadakan. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri bercadang akan melancarkan perasmian ke atas program ini terlebih dahulu yang dijangka pada suku tahun terakhir tahun 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.