Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

88) PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan dalam menangani masalah penjaja tepi jalan?

    Dalam menangani masalah penjaja tepi jalan, Kerajaan Negeri telah menyediakan geraigerai sementara mengikut PBT. Penjaja-penjaja ini telah dibanci dan sedang dalam proses penempatan semula di setengah PBT manakala ada juga PBT yang selesai melaksanakannya. Walau bagaimanapun, wujud segelintir penjaja baru yang tidak termasuk dalam senarai semasa bancian dibuat dan perkara ini sedang dalam penelitian untuk penyelesaiannya. Ekoran daripada suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika ini, PBT mengeluarkan permit untuk penjaja-penjaja dan mereka digalakkan berniaga di pasar tani, pasar malam dan tempat yang dibenarkan sahaja. Jika mereka ingkar, maka tindakan penguatkuasaan akan diambil.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.