Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

120) PENJAJA FASA 3 PUNCAK ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penjaja `kedai papanÕ di Fasa 3 Bandar Puncak Alam telah pun dipindahkan ke gerai baru yang dibina oleh Kerajaan Negeri. Berapakah jumlah gerai yang dibina, kadar sewa yang dikenakan, tempoh penyewaan dan mohon senaraikan nama peniaga-peniaga yang terpilih?

    Pembinaan Gerai tersebut telah disambungkan oleh pihak pemaju perumahan dan pusat perniagaan iaitu Tetuan Metro Kajang Housing Berhad (MKH)

    Bilangan Gerai adalah 25 unit

    Gerai Astana MDKS dibina secara ‘Built and Transfer’ di antara pihak MDKS dengan Tetuan Metro KL City Sdn Bhd dengan tujuan utama bagi menyelesaikan masalah pembinaan Kedai High Capparal di Puncak Alam Fasa 3. Jumlah gerai yang dibina adalah seperti berikut :-

    BIL KATEGORI JUMLAH UNIT KADAR SEWA (RM) STATUS SEWAAN
    DISEWA KOSONG
    1. Kedai runcit 2 600.00 1 1
    2. Kedai makan 12 400.00 7 5
    3. Kedai pelbagai 10 400.00 6 4
    4. Pejabat cawangan MDKS 1
    JUMLAH 25   14 10

     

    Tempoh kontrak penyewaan adalah tiga (3) tahun pertama dan sambungan dua (2) tahun berikutnya sekiranya penyewa mematuhi syarat – syarat perjanjian. Berikut adalah senarai nama penyewa Fasa Pertama yang telah berjaya pada sesi temuduga yang diadakan pada 23hb Oktober 2014 iaitu :-

    1. Puan Nurul Farisha binti Saufie
    2. Encik Zulkifli bin Hashim (Permohonan dibatalkan)
    3. Encik Fauzi bin Haji Hassan
    4. Encik Mohd Azami bin Abdullah
    5. Encik Mat Radi Awang Senik
    6. Encik Ridzuan bin Mohd Yusof
    7. Puan Isfalaila binti Ismail
    8. Encik Abdul Munem bin Sharif
    9. Encik Mohd Zamra bin Nawi
    10. Encik Murad bin Osman
    11. Encik Mohd Nasir bin Kosot
    12. Encik Jamaluddin bin Subahi
    13. Encik Mohd Ropi bin Mat Amin
    14. Encik Ahamad Khairi bin Sufi
    15. Puan Noorazian binti Labbam (Permohonan dibatalkan)
    16. Encik Mohd Sharan bin Ghair

Lampiran

Tiada Lampiran.