Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

304) PENJAJA HARAM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada penjaja haram yang menjalankan perniagaan di bahu jalan dan membahayakan keselamatan?

    Demi memelihara kesejahteraan awam, PBT mengambil langkah tegas terhadap penjaja haram yang berniaga di bahu-bahu jalan awam demi faktor keselamatan pengunjung serta penjaja, kelancaran trafik dan faktor kebersihan di sesuatu kawasan. Sehubungan dengan itu, antara tindakan yang diambil terhadap oleh PBT adalah:-

    • Mengeluarkan ‘Notis Amaran’ dan arahan supaya aktiviti penjajaan ditutup;
    • Penjaja yang ingkar dan berdegil untuk menghentikan aktiviti penjajaan akan diambil tindakan di bawah Peruntukan 3, Undang-Undang Kecil Penjaja Tahun 2007 iaitu menjaja tanpa lesen dan akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.00;
    • Penjaja akan diberi amaran secara lisan agar tidak meneruskan penjajaan di masa akan datang;
    • Tindakan merampas dan menyita peralatan serta barang perniagaan penjaja akan dikenakan sekiranya penjaja masih mengulangi aktiviti penjajaan tersebut termasuklah boleh meroboh struktur gerai penjaja dibawah tindakan yang diperuntukan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 iaitu menbuat halangan di tempat

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap senario ekonomi semasa yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi di mana ianya dapat dilihat berdasarkan penguatkuasaan ke atas aktiviti penjajaan termasuklah daripada golongan anak-anak muda yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan. Sehubungan dengan itu, bagi mengawal penjaja haram menjalankan aktiviti menjaja di bahu-bahu jalan, Kerajaan Negeri melalui PBT mengambil langkah-langkah berikut:-

    • Menasihatkan supaya penjaja haram atau tanpa lesen memohon lesen daripada PBT bagi mengawal aktiviti penjajaan;
    • Memberi cadangan lokasi yang bersesuaian bagi menggalakkan penjaja memohon lesen contohnya lokasi penjaja sementara atau bazar penjaja yang telah ditetapkan oleh PBT;
    • Menyediakan Garis Panduan Food Truck 2016 di PBT;

    PBT menetapkan lokasi-lokasi tapak bazar penjaja yang bersesuaian contohya MBSA menyediakan tapak food truck di Seksyen 9 dan jalan keluli Seksyen 7; MPKj menyediakan tapak food truck di Bandar Baru Bangi dan MPSJ di Taman Pinggiran Kinrara.

Lampiran

Tiada Lampiran.