Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

71) PENJAJA WARGA ASING

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan pendirian serta tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap penjaja warga asing dan pelarian.

    a) Kerajaan Negeri melalui PBT berpendirian semua penjaja warga  asing  dan pelarian tidak boleh menjalankan aktiviti perniagaan. Antara kriteria atau syarat permohonan permit penjaja adalah pemohon mestilah warganegara. Penjaja warga asing yang dikesan serta tidak mempunyai permit oleh PBT akan diambil tindakan dengan menyita barangan jualan serta alat perniagaannya dan kompaun akan dikenakan. Penguatkuasa PBT dengan kerjasama dengan Jabatan Imegresen serta PDRM juga mengadakan operasi bersepadu dari semasa ke semasa bagi menangani dan mengawal lambakan warga asing di sekitar kawasan PBT. Selain itu, mana-mana pemilik yang dikesan menyalahgunakan permit menjajanya, PBT akan menarik semula permit dan membatalkannya serta menyenarai hitam nama penajaja yang mengulangi kesalahannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.